Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Op Benteng 2 Ditahan 100 Kg Daun Ketum Dirampas

Diterbitkan: 18 Jun 2020 2.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Langkawi, 18 Jun 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan dua lelaki dan merampas 100 kilogram daun ketum serta dadah jenis heroin seberat 43.1 gram dalam satu serbuan di Jeti Marble di sini, awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-op-benteng-2-ditahan-100-kg-daun-ketum-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:52 MYT

Langkawi, 18 Jun 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan dua lelaki dan merampas 100 kilogram daun ketum serta dadah jenis heroin seberat 43.1 gram dalam satu serbuan di Jeti Marble di sini, awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Satu Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata, tangkapan dan rampasan pada 2 pagi itu dilakukan sepasukan anggota ketika melaksanakan penugasan Op Benteng COVID.

Beliau berkata, semasa melaksanakan penugasan itu, anggota PPM Wilayah Satu mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir kereta di lokasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, anggota PPM Wilayah Satu menjumpai dua bungkusan plastik berisi serbuk ketulan warna putih disyaki dadah jenis heroin seberat 43.1 gram," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia kemudiannya membawa kepada pemeriksaan lanjut ke atas sebuah bot jenis fiber berwarna biru di Jeti Marble, yang ada kaitan dengan kedua lelaki berkenaan dan pihaknya menemui 13 bungkusan plastik berwarna hitam berisi daun ketum seberat 100 kilogram.

DSP Rohizan berkata, kedua-dua lelaki berusia 37 tahun itu dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Satu Langkawi bersama barangan rampasan seperti daun ketum, heroin, sebuah MPV jenis Perodua Alza, bot fiber serta wang tunai untuk siasatan lanjut.

"Barangan rampasan dianggarkan bernilai RM67,120. Hasil ujian saringan, kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan MOP, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penagihan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952," katanya.

Sumber: Pasukan Polis Marin dan Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, food

Image may contain: 2 people, people standing, car, outdoor and food

Image may contain: text

No photo description available.

Image may contain: 1 person, food

Image may contain: one or more people, outdoor and water
ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2020 2.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM