Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan 52 Kompaun Dikeluarkan Ingkar Sop Pkpp Timbalan Kpn

Diterbitkan: 17 Jun 2020 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Jun 2020 - Sebanyak 52 kompaun telah dikeluarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Rabu lepas, terhadap pemilik premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-52-kompaun-dikeluarkan-ingkar-sop-pkpp-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:54 MYT

Kuala Lumpur, 17 Jun 2020 - Sebanyak 52 kompaun telah dikeluarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Rabu lepas, terhadap pemilik premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor berkata antara kesalahan yang dilakukan adalah premis yang beroperasi melebihi had waktu yang dibenarkan.

Beliau berkata pihaknya telah menegaskan kepada pemilik-pemilik premis bahawa operasi perlu ditutup pada pukul 12 tengah malam, namun masih ada segelintir yang berdegil dan beroperasi sehingga pukul 1.00 atau 2.00 pagi.

“Oleh yang demikian, kami kompuan mereka. Begitu juga dengan premis hiburan yang masih lagi tegar melaksanakan operasi menghiburkan pelanggan seperti di pusat karaoke dan lain-lain pusat hiburan.

"Pusat-pusat hiburan yang beroperasi turut dikompaun kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan beroperasi," katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran MyPelawat di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sumber: Bernama

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1851990&fbclid=IwAR0W3QZR9BIdW8s2_FhbUX5cojTFsRKTl1BCvebCi_7ELaly3Rs-JXZYM18

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2020 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM