Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Ocp Laut Perhebat Penempatan Aset Di Sandakan Cegah Kemasukan Pati

Diterbitkan: 07 Nov 2020 2.12 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sandakan, 7 November 2020 - Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki perairan Malaysia melalui Sandakan mungkin terpaksa berfikir dua kali selepas agensi keselamatan negara memperhebatkan lagi penempatan aset di bawah Operasi Cegah PATI (OCP) Laut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-ocp-laut-perhebat-penempatan-aset-di-sandakan-cegah-kemasukan-pati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:13 MYT
Sandakan, 7 November 2020 - Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki perairan Malaysia melalui Sandakan mungkin terpaksa berfikir dua kali selepas agensi keselamatan negara memperhebatkan lagi penempatan aset di bawah Operasi Cegah PATI (OCP) Laut.

Ketua Staf Bahagian Operasi Laut ESSCOM, Laksamana Pertama Maritim, Tuan Hamid Mohd Amin memuji komitmen yang ditunjukkan agensi keselamatan yang berpangkalan di daerah ini dalam membendung penularan pandemik COVID-19.

Setiap agensi keselamatan telah menambah aset sedia ada bagi membuat rondaan 24 jam sehari sehingga pandemik COVID-19 tidak lagi menjadi ancaman kepada negara.
“Ia adalah satu cabaran kepada 95 pegawai dan anggota keselamatan untuk mengawal perairan negara di tengah-tengah pandemik global. Namun, mereka telah membuktikan keberanian dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas sehingga menyaksikan penurunan iaitu hanya sebilangan kecil sahaja percubaan yang dibuat oleh PATI untuk menyeberangi sempadan kita,” katanya.

Menurut Tuan Hamid, hanya tujuh percubaan memasuki perairan Malaysia yang melibatkan 134 PATI sejak operasi itu dilancarkan pada 12 Jun di Sandakan atau dikenali sebagai perbatasan utara Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).
Katanya, untuk mengelak bersentuhan dengan penumpang yang berkemungkinan pembawa virus COVID-19, kesemua mereka diarah berpatah balik ke negara asal.

Jelas beliau lagi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan yang menyelaras operasi perbatasan utara telah mengerahkan empat buah bot dan satu kapal, di samping empat buah bot serta dua kapal milik Pasukan Polis Marin (PPM).

Manakala, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Markas Wilayah Laut 2 telah menambah dua buah bot tempur CB90 selain sebuah kapal perang dan Kapal Auksiliari Tun Azizan, yang dilengkapi radar dan berkedudukan hampir di sempadan Malaysia-Filipina iaitu kira-kira 18 batu nautika dari daratan Sabah.

Beliau berkata operasi itu turut disertai Angkatan Tugasan Bersama (ATB) 2 dengan dua buah bot Pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) dan satu sistem radar, manakala peralatan dron digunakan untuk mengumpul maklumat lanjut mengenai cubaan rentas sempadan.

Sumber: ESSCOM dan BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2020 2.12 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM