Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Awas Anda Sedang Diperhatikan

Diterbitkan: 07 Nov 2020 12.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 7 November 2020 - Jangan 'main-main' atau ambil mudah prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di lokasi awam, berikutan pihak polis kini ada di mana-mana dengan berpakaian preman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-awas-anda-sedang-diperhatikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:07 MYT
Shah Alam, 7 November 2020 - Jangan 'main-main' atau ambil mudah prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di lokasi awam, berikutan pihak polis kini ada di mana-mana dengan berpakaian preman.

Tanpa membunyikan siren kereta peronda polis, anggota polis ini akan terus menerjah dan mengenakan kompaun kepada pesalah.

Anggota polis Selangor memilih untuk memakai pakaian biasa bagi memudahkan operasi 'serang hendap' terhadap individu yang masih berdegil ingkar arahan SOP di lokasi awam.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, Polis Selangor mempunyai pasukan pematuhan yang membuat pemantauan di peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mahupun di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Beliau berkata, pasukan pemantauan tidak semestinya berpakaian beruniform namun perlu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa semasa mengambil tindakan ke atas orang awam yang melanggar SOP.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-pun-pandai-menyamar...

Sumber: Harian Metro

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Awas Anda Sedang Diperhatikan
ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2020 12.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM