Pkpb Covid 19 Pic Of The Day Hulurkan Tangan Ringankan Beban
Jika kita meringankan tulang untuk membantu mereka yang mengalami musibah atau kesulitan, beribu ganjaran kebaikan akan diperolehi kelak.
Begitulah sifat terpuji yang ditunjukkan oleh Koperal Mohd Akmal Shahiran Mohd Shakaruddin, Koperal Mohd Shidi Hassan dan Lans Koperal Nor Idlan Abd Razak dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang kerana membantu menolak sebuah van yang mengalami kerosakan ketika banjir kilat di sekitar Jalan Reko, Kajang, semalam.
Semoga urusan kalian sentiasa dipermudahkan. Amin.
Sumber: Polis Daerah Kajang
