Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Posting Pilihan Lorong Tikus Hutan Tebal Mencabar Esscom Tangani Pati

Diterbitkan: 09 Nov 2020 11.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kalabakan, 9 November 2020 - Banyaknya jalan-jalan tikus dan kedudukan muka bumi Tawau serta Kalabakan yang berhutan tebal dan bersempadan dengan Indonesia, memberi cabaran besar kepada pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menangani isu pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-posting-pilihan-lorong-tikus-hutan-tebal-mencabar-esscom-tangani-pati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:54 MYT

Kalabakan, 9 November 2020 - Banyaknya jalan-jalan tikus dan kedudukan muka bumi Tawau serta Kalabakan yang berhutan tebal dan bersempadan dengan Indonesia, memberi cabaran besar kepada pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menangani isu pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata kawasan sempadan Kampung Kandoangan, Kalimantan Utara, Indonesia dan Kilometer 11, Kalabakan di sebelah Malaysia menjadi antara jalan tikus yang aktif digunakan tekong darat untuk membawa masuk pendatang haram warga Indonesia ke Malaysia, tidak kira siang atau malam.

"Taktik pendatang haram itu, kebiasaannya bergerak dalam kelompok 10 hingga 15 orang dan kemudian akan 'disambut' ejen menggunakan pacuan empat roda di sempadan Malaysia," katanya kepada media ketika tinjauan ESSCOM di sini, baru-baru ini.

Wakil Bernama juga berpeluang bersama pasukan keselamatan itu meninjau tempat transit (staging point) yang dikesan digunakan pendatang haram untuk menyusup masuk ke Malaysia melalui Sabah.

Menurut Datuk Ahmad Fuad, dengan bentuk muka bumi dan geografi persekitaran laluan yang dilitupi hutan tebal, ia seumpama 'perisai' bagi pendatang haram bersembunyi sehingga berhari-hari lamanya daripada dihidu pasukan keselamatan yang membuat rondaan di kawasan itu.

Sumber: Eastern Sabah Security Command -Esscom dan BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, standing
ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2020 11.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM