Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kanak Kanak Tunggang Motosikal Disaman

Diterbitkan: 09 Nov 2020 10.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Jitra, 9 November 2020 - Polis mengambil tindakan terhadap seorang kanak-kanak kerana menunggang motosikal di Kampung Paya Chegar di sini selepas video kejadian itu tular di media sosial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kanak-kanak-tunggang-motosikal-disaman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:28 MYT

Jitra, 9 November 2020 - Polis mengambil tindakan terhadap seorang kanak-kanak kerana menunggang motosikal di Kampung Paya Chegar di sini selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, selain kanak-kanak terbabit, tindakan undang-undang turut dikenakan terhadap warisnya yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

“Kanak-kanak lelaki yang berusia di bawah 10 tahun itu dikenakan tindakan di bawah kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta tidak memakai topi keledar.

“Manakala waris kanak-kanak tersebut diambil tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber: PDRM Kubang Pasu DAN Kosmo Online

Image may contain: text

Image may contain: text that says 'Pihak lpd Kubang Pasu selalu menasihatkan agar ibu bapa lebih memberikan perhatian kepada kanak kanak terutama dalam asp

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Image may contain: one or more people, sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: one or more people

Image may contain: 1 person, standing

ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2020 10.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM