
Pkpp Covid 19 Op Benteng Pic Of The Day Sinergi Lima Agensi Perkuatkan Lagi Keselamatan Di Sempadan Negara
Sinergi lima agensi yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) dijamin akan memperkuatkan lagi keselamatan di sempadan negara.
Gabungan kesemua agensi di bawah National Task Force (NTF) itu bertujuan membanteras pembolosan pendatang tanpa izin (PATI), selain menyekat penularan wabak COVID-19 menerusi Op Benteng.
Gambar berikut dirakam selepas satu sidang media diadakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, Kedah, pagi tadi.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#22072020