
Pkpp Covid 19 Video Pilihan Tiada Lagi Bapa Hantar Ke Sekolah
Petaling Jaya, 22 Julai 2020 - Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal meluangkan masa menemani Adik Nur A'lia Batrisyia Ahmad Sukri, 9, ke sekolah, hari ini bagi memberi sokongan moral kepadanya yang kehilangan bapa tercinta.
Bapa murid Tahun Tiga itu iaitu Allahyarham Koperal Ahmad Sukri Sabang, 42, meninggal dunia pada 25 Mei lalu iaitu di pagi dua Syawal kerana sakit jantung.
Tuan Nik Ezanee berkata, arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak iaitu seorang lelaki berusia 14 tahun dan Nur A'lia.
"Jika sebelum ini, rutin arwah ayahnya akan menghantarnya ke sekolah, namun kini tiada lagi dan atas sebab itu, saya bersama rakan setugas arwah dari Balai Polis Sungai Way hadir memberi sokongan moral kepada Nur A'lia.
"Bagi menambah pendapatan keluarga, Nur A'lia sanggup bangun seawal 4 pagi untuk membantu ibunya membuat kuih untuk dijual sebelum ke sekolah.
"Kita doakan semoga roh arwah Koperal Ahmad Sukri mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya dan Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN