Artikel
Pkpp Covid 19 Op Benteng Pic Of The Day Hargailah Pengorbanan Wira Wira Negara Yang Menjaga Keselamatan Kita Semua
Biarpun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga tercinta buat seketika waktu, tidak sedikitpun mereka mengeluh apatah lagi berputus asa selama ber...
Biarpun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga tercinta buat seketika waktu, tidak sedikitpun mereka mengeluh apatah lagi berputus asa selama berbulan-bulan di perbatasan negara.
Tiada kemewahan atau ganjaran yang mereka damba, hanya ingin memastikan tanggungjawab yang dipikul, dilaksanakan sebaik mungkin.
Misi yang perlu mereka selesaikan hanya satu – melindungi rakyat dan negara daripada virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa. Setiap pintu masuk sempadan negara dikawal rapi tanpa boleh dibolosi oleh sesiapapun.
Ayuh rakyat Malaysia! Terus berikan sokongan dan kiriman doa serta kata-kata semangat buat wira-wira negara khasnya Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia yang sedang berjuang di sempadan demi kesejahteraan kita semua.
Sokongan anda besar maknanya buat mereka. 

Sumber: FB Polis Hutan
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN