
Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng 5 Tan Daun Ketum Bernilai Rm3 6 Juta Berjaya Dirampas
Bukit Kayu Hitam, 27 Julai 2020 - Kira kira 5 tan daun ketum bernilai RM3.6 juta berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Utara setelah sindiket penyeludupan itu ditumpaskan antara Januari hingga 14 Julai lalu.
Timbalan Komander PGA Briged Utara, ACP Tuan Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, sebanyak 176 kes penyeludupan membabitkan penahanan 55 orang penyeludup telah berjaya dihalang di pintu masuk sempadan Kedah dan Perlis.
Tambah Tuan Mohd Nasaruddin, seramai 41 orang warganegara manakala sebanyak 13 orang warga Thailand dan seorang daripadanya warga Indonesia berjaya ditangkap.
"Kesemua yang diberkas itu guna pelbagai helah dan taktik dan ada kalanya bertindak agresif terhadap anggota keselamatan yang mengawal pintu sempadan.
"Kita sentiasa ada cara untuk menangani dan mengesan mereka termasuk membina pos pemantau dan meletakkan anggota setiap 1,500 meter," katanya dalam sidang akhbar di Markas Taktikal Briged Utara semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.
Sumber: Kosmo Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN