Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Mabuk Pemandu Mabuk Lawan Arus Ditahan

Diterbitkan: 27 Jul 2020 7.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 27 Julai 2020 - Seorang lelaki memandu melawan arus yang dipercayai dalam keadaan mabuk di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) ditahan polis awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-op-mabuk-pemandu-mabuk-lawan-arus-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:16 MYT

Klang, 27 Julai 2020 - Seorang lelaki memandu melawan arus yang dipercayai dalam keadaan mabuk di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) ditahan polis awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Tuan Shamsul Amar Ramli, berkata suspek ditahan pada jam 2.10 pagi oleh Peronda Lebuhraya Raya KESAS, di Kilometer 24.1 dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang kerana disyaki mabuk.

"Lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan untuk ujian pernafasan.

"Ujian air kencing ke atas suspek adalah positif, iaitu pemanduan di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tuan Shamsul Amar berkata, polis turut merampas kenderaan milik suspek, iaitu sebuah Honda City berwarna putih.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Pemandu mabuk lawan arus ditahan Video dirakam orang awam di Lebuhraya Shah Alam Zain Seorang melawa
ArtikelDiterbitkan 27 Jul 2020 7.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM