Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Trafik Di Semua Lebuh Raya Jalan Utama Lancar

Published: 08 Dec 2020 4.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 8 Disember 2020 - Keadaan lalu lintas dan aliran trafik di seluruh negara, tetap berjalan lancar selepas kerajaan membenarkan pergerakan orang ramai merentas negeri, bermula semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-trafik-di-semua-lebuh-raya-jalan-utama-lancar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:27 MYT

Kuala Lumpur, 8 Disember 2020 - Keadaan lalu lintas dan aliran trafik di seluruh negara, tetap berjalan lancar selepas kerajaan membenarkan pergerakan orang ramai merentas negeri, bermula semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias, berkata, tiada sebarang kesesakan luar biasa dikesan berlaku selepas kelonggaran perjalanan itu diberi kerajaan berkuat kuasa awal pagi semalam.

"Selepas pihak polis menutup semua sekatan jalan raya yang dibuat sebelum ini untuk memantau pergerakan rentas negeri dan daerah bermula tengah malam tadi (semalam), keadaan lalu lintas lancar dan terkawal.

"Bagaimanapun, JSPT Bukit Aman dan peringkat kontinjen sentiasa memantau sebarang situasi kesesakan dari semasa ke semasa, selain terus menjalankan tugas hakiki," katanya kepada BH, semalam.

Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan membenarkan orang ramai merentas daerah dan negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis mulai semalam kecuali kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian berikut.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text that says 'Penularan COVID-19 Trafik di semua lebuh raya, jalan utama lancar JSPT Bukit Aman pantau situasi selepas kebenaran renta
ArticlePublished 08 Dec 2020 4.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM