Artikel
Video Pilihan Keprihatinan Anggota Polis Berkongsi Rezeki Dengan Insan Yang Kurang Bernasib Baik
Syabas diucapkan kepada Koperal Sokongan Mohd Hafiz Yusree Zahari dan Konstabel Muhamad Azrien Man dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah...
Syabas diucapkan kepada Koperal Sokongan Mohd Hafiz Yusree Zahari dan Konstabel Muhamad Azrien Man dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang atas keprihatinan mereka berkongsi rezeki yang ada bersama insan kurang bernasib baik.
Sikap terpuji itu bertepatan dengan seruan agama seperti di dalam surah al-Baqarah ayat 271:
"Kalau kamu zahirkan sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu”.
Sumber:
Link: https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/4028667433814481/
