Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Tiada Lagi Nasihat Polis Terus Kompaun

Diterbitkan: 02 Aug 2020 12.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2020 - Tiada lagi kompromi terhadap individu yang masih ingkar memakai pelitup muka di lokasi tumpuan dan dalam kenderaan awam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-tiada-lagi-nasihat-polis-terus-kompaun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:11 MYT

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2020 - Tiada lagi kompromi terhadap individu yang masih ingkar memakai pelitup muka di lokasi tumpuan dan dalam kenderaan awam.

Meskipun pemakaiannya diwajibkan semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menggunakan pendekatan berhemah dengan memberi teguran dan nasihat pada hari pertama pelaksanaan peraturan itu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka telah diingatkan sejak seminggu lalu.

Sehubungan itu, tiada lagi alasan untuk masyarakat dengan sengaja melanggar perintah tersebut.

"Secara jelasnya, banyak hebahan telah dibuat di dalam media-media sosial.

"Jadi, langkah memberi nasihat semalam bukan bermakna kita tidak bertindak kerana kita akan mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang gagal mengikuti arahan berkenaan selepas ini" katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Tiada lagi nasihat, polis terus kompaun MASZUREENHADZMAN sengaja melanggar perintah ersebut. jelasnya, banyak
ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2020 12.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM