Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pikat Isteri Orang Boleh Didakwa

Diterbitkan: 02 Aug 2020 2.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2020 - Setiap individu tanpa mengira bangsa atau agama tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan perbuatan jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pikat-isteri-orang-boleh-didakwa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:46 MYT

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2020 - Setiap individu tanpa mengira bangsa atau agama tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan perbuatan jenayah.

Begitu juga individu yang mengganggu keharmonian rumah tangga dengan cara memikat atau membawa lari isteri orang adalah dikira sebagai kesalahan jenayah.

Peguam Dr. Shamsher Singh Thind berkata, kesalahan itu tertakluk dalam undang-undang mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurutnya, dalam seksyen berkenaan menerangkan dengan jelas bahawa sesiapa membawa pergi atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan diketahui isteri lelaki lain dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang.

"Orang Islam dan bukan Islam boleh dikenakan hukuman mengikut seksyen berkenaan.

"Namun, hukuman itu hanya boleh dikenakan kepada lelaki yang melarikan isteri orang dengan niat melakukan hubungan seks dan bukan untuk wanita melarikan suami orang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, suami boleh memaafkan isteri dan pihak ketiga mengikut Seksyen 260 Kanun Tatacara Jenayah iaitu kesalahan yang boleh dikompaun dan tiada peruntukan mengenai apa-apa bayaran seperti kompaun kesalahan lalu lintas.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Keratan Akhbar Pilihan Pikat Isteri Orang Boleh Didakwa

ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2020 2.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM