Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Terima Kasih Legoland Malaysia Resort
Iskandar Puteri, 12 September 2020 - Lima mural lego menggunakan 150,000 kiub lego berjaya dihasilkan Legoland Malaysia Resort bagi menghargai barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus mengekang penularan virus Covid-19 di negara ini.
Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, Encik C. S. Lim berkata, projek berkenaan merupakan inisiatif kakitangan taman tema berkenaan.
Katanya, lima mural bersaiz sebenar berjaya disiapkan dalam tempoh sembilan hari dengan menggunakan 150,000 kiub lego.
"Mural lego ini dibina bersandarkan kesungguhan ditunjukkan petugas barisan hadapan negara ini dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia.
"Jasa dan pengorbanan mereka memainkan peranan besar dalam membolehkan Legoland Malaysia Resort kembali beroperasi," katanya ketika berucap pada majlis perasmiannya.
Dalam program itu, Legoland Malaysia Resort menyerahkan 3,000 tiket kepada lima jabatan kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Pe-nyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kesihatan serta kerajaan negeri Johor.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.
Sumber: Utusan Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
