Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Sindiket Proses Edar Dadah Rm5 16 Juta Tumpas

Diterbitkan: 12 Sep 2020 1.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis menumpaskan dua sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.16 juta, menerusi 15 serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, Rabu dan Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dua-sindiket-proses-edar-dadah-rm5-16-juta-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:28 MYT

Kuala Lumpur, 12 September 2020 - Polis menumpaskan dua sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.16 juta, menerusi 15 serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, Rabu dan Selasa lalu.

Serbuan itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kuala Lumpur dan Selangor.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Tuan Zainudin Ahmad berkata, dadah disita termasuk Ketamin seberat 46.9 kilogram (kg), Syabu (1.55 kg), Pil Erimin 5 (37.7 gram), Pil Ekstasi (11.4 kg) dan serbuk dadah Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) (32.7 kg).

Pada masa sama katanya, seramai 17 individu termasuk dua wanita warga Vietnam berusia antara 28 hingga 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita turut berjaya tangkap ketua sindiket terbabit. Menerusi operasi sama, kita bongkar aktiviti sebuah makmal dadah di sebuah rumah.

"Mereka menjalankan aktiviti pengedaran dadah menerusi aplikasi media sosial seperti WeChat dan WhatsApp selain membuat penghantaran secara kecil-kecilan.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian berikut.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Sindiket Proses Edar Dadah Rm5 16 Juta Tumpas

ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2020 1.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM