Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kes Baharu Covid 19 Dijangka 8 000 Sehari Pada Mac

Published: 08 Jan 2021 8.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Januari 2021 - Statistik kes baharu COVID-19 berkemungkinan meruncing dengan unjuran 8,000 kes sehari seawal minggu ketiga Mac depan, sekiranya nilai kebolehjangkitan (RO) melepasi kadar 1.2.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kes-baharu-covid-19-dijangka-8-000-sehari-pada-mac
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Kuala Lumpur, 8 Januari 2021 - Statistik kes baharu COVID-19 berkemungkinan meruncing dengan unjuran 8,000 kes sehari seawal minggu ketiga Mac depan, sekiranya nilai kebolehjangkitan (RO) melepasi kadar 1.2.

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikekalkan dengan RO dicatat pada kadar 1.1, unjuran kebolehjangkitan COVID-19 mencecah 8,000 kes sehari dapat diperlahankan sehingga minggu kedua Mei.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meramalkan gelombang ketiga pandemik itu boleh meningkat secara mendadak kepada 5,000 kes harian menjelang minggu ketiga Februari dan terus melonjak pada Mac jika RO kekal pada tahap 1.2.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan adalah penting RO diturunkan kepada nilai atau kurang daripada 0.5 untuk mengawal jangkitan sepenuhnya.

"Jika RO meningkat pada kadar 1.2, kes harian COVID-19 boleh mencecah 3,000 kes pada minggu keempat bulan ini, namun statistik itu mungkin bermula pada minggu kedua Februari jika RO ialah pada 1.1," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text that says 'Kes harian berisiko cecah 8,000 pada Mac KesbaharuCOVID-19 merun ing jumlah kes baharu berisiko men 8,000 sehari seawal
Image may contain: text that says 'Penularan COVID-19 Kes baharu dijangka 8,000 sehari pada Mac Nilai kebolehjangkitan pada paras 1.07 sehingga 5 Januari l
ArticlePublished 08 Jan 2021 8.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM