Artikel
Artikel Pilihan Operasi Banjir Lebih 12 000 Anggota Pga Siap Sedia Digerakkan
Kuantan, 8 Januari 2021 - Lebih 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk digerakkan bagi m...
Kuantan, 8 Januari 2021 - Lebih 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu operasi banjir di negeri-negeri yang terjejas teruk.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata kesemua anggota PGA berkenaan akan digerakkan secara berperingkat mengikut situasi semasa banjir.
“Selain itu, anggota Pasukan Polis Marin, Pasukan Unit Udara dan Pasukan Simpanan Persekutuan juga telah dimaklumkan perkara berkenaan untuk bersiap siaga.
“Kami akan gerakkan kesemua pasukan berkenaan pada bila-bila masa dan mereka telah berada di kontinjen negeri masing-masing seperti di Pahang, Kelantan dan Johor,” katanya.
Sumber: BERNAMA

