Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Jangan Ghairah Balik Kampung

Published: 15 Dec 2020 3.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gua Musang, 15 Disember 2020 - Warga kota dinasihatkan jangan terlalu ghairah pulang berjumpa ahli keluarga sehingga membawa jangkitan COVID-19 di kampung.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-jangan-ghairah-balik-kampung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:18 MYT

Gua Musang, 15 Disember 2020 - Warga kota dinasihatkan jangan terlalu ghairah pulang berjumpa ahli keluarga sehingga membawa jangkitan COVID-19 di kampung.

Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Shafien Mamat berkata, individu yang berada di zon merah atau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang pulang ke kampung memberi risiko kepada warga emas, ibu bapa dan ahli keluarga lain.

Katanya, mereka juga diseru supaya tidak menyembunyikan fakta diri yang tidak sihat.

"Saya nak tekankan supaya kita jangan ambil kesempatan apabila tidak ada lagi batasan sempadan, negeri dan daerah.

"Semua berlumba-lumba nak balik, tetapi kita kena ingat apabila diri rasa tidak sihat serta bergejala, dapatkan rawatan terlebih dahulu sehingga sembuh," katanya.

Dato’ Shafien berharap warga kota yang sudah pulang ke negeri ini supaya menjaga prosedur operasi standard (SOP) terutama di premis makanan, pusat membeli-belah dan tempat awam.

Katanya, dalam tempoh itu penguatkuasaan oleh agensi masih diteruskan.

"Jadi gunakan peluang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan ini dengan sebaik mungkin dan jangan buat perkara yang memudaratkan orang sekitar kita," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: 



#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'GUA MUSANG: Warga kota nak balik. tetapi diri Jangan ghairah balik kampung AIMUNI ITUANLAH sempadan,

ArticlePublished 15 Dec 2020 3.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM