Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 230 Individu Ingkar Pkpp Ditahan

Published: 12 Aug 2020 3.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2020 - Seramai 230 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-230-individu-ingkar-pkpp-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:14 MYT

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2020 - Seramai 230 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 13 direman manakala 215 individu lagi dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

“Polis telah membuat 65 sekatan jalan raya dan memeriksa 27,200 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menahan dua individu atas kesalahan imigresen," katanya dalam kenyataan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masuk hari ke-63 semalam.

Mengenai kuarantin wajib katanya, seramai 9,498 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepas sehingga semalam dan ditempatkan di 58 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA).

“Daripada jumlah tersebut, seramai 20 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 1,896 telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Mereka pulang dari 31 negara antaranya, Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, dan Iran," katanya.

Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, polis juga telah memeriksa 1,445 individu yang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah semalam dan sembilan daripadanya diambil tindakan kerana gagal patuh prosedur operasi standard (SOP).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 2 people, text that says '230 individu ingkar PKPP ditahan Terlibat aktiviti kehadiran orang yangmenyukarkan penjarakkan individu kesala
ArticlePublished 12 Aug 2020 3.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM