
Pkpp Covid 19 Op Benteng Posting Pilihan Op Benteng 754 Kg Daun Ketum Dirampas
Bukit Kayu Hitam, 11 Ogos 2020 - Cubaan menyeludup 24 bungkusan daun ketum di dua lokasi berasingan di kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam dan Padang Terap gagal apabila dirampas pihak berkuasa dalam operasi, semalam.
Daun ketum keseluruhan seberat 754 kilogram itu dipercayai ditinggalkan di dalam semak oleh penyeludup tempatan menggunakan kereta pacuan empat roda.
Ia kemudian akan diambil oleh tekong Thailand menggunakan kenderaan motosikal atau tukang tanggung di laluan haram di kawasan Malaysia/Thailand.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataannya berkata, rampasan itu adalah hasil usaha sama maklumat perisikan dan gerakan pasukan Op Benteng Zon Utara di kawasan sempadan.
Operasi ini dikoordinasi oleh Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK6Bgd) sebagai salah satu OPTERAS ATM di Zon Utara.
Kerjasama agensi keselamatan terdiri daripada ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Bacaan lanjut di pautan https://www.hmetro.com.my/…/754-kilogram-daun-ketum-dirampas
Sumber: Tentera Darat Malaysia dan Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN