
Pkpp Covid 19 Hebahan Pegawai Dan Anggota Polis Dibenarkan Solat Jumaat Di Surau Masjid Pdrm Bermula Esok
Bermula esok, 19 Jun 2020, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Islam dibenar untuk melaksanakan solat berjemaah dan solat Jumaat di surau dan masjid di semua Kontinjen, Briged serta Formasi PDRM.
Walau bagaimanapun, warga PDRM dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan berdasarkan arahan Jabatan Islam Negeri.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di talian 03-22667046 atau 03-22667047.
Sumber: Bahagian Agama & Kaunseling - BAKA JIPS PDRM
StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN