Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Dahului 10 Penerima Pingat Darjah Kepahlawanan Dan Pingat Keberanian Polis

Diterbitkan: 18 Jun 2020 8.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 18 Jun 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-dahului-10-penerima-pingat-darjah-kepahlawanan-dan-pingat-keberanian-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:00 MYT

Kuala Lumpur, 18 Jun 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Seri Paduka Baginda mengurniakan darjah pangkat pertama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kepada Dato’ Pahlawan Mazlan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis bagi kurniaan tahun 2019, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini, pagi tadi.

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP (B) Dato’ Mohd Khalil Kader Mohd turut menerima PGPP manakala atlet berbasikal trek PDRM dan kebangsaan Lans Koperal Ju Pha Som Net menerima darjah Bentara Pasukan Polis (BPP).

Pada istiadat hari ini, 10 pegawai polis menerima darjah kepahlawanan dan pingat keberanian polis iaitu tiga menerima darjah kebesaran pangkat kedua iaitu Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), seorang menerima darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan empat lagi penerima darjah BPP.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan isteri, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar dan isteri, Datin Anikah Othman.

Sumber: Istana Negara dan BERNAMA

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 2 people, people sitting

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2020 8.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM