Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Op Covid 19 Ingkar Sop Pkpp Terus Tindakan Tegas Tiada Lagi Amaran Dan Nasihat
Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 - Polis akan mengambil tindakan tegas, sekali gus tidak lagi mengeluarkan amaran atau nasihat kepada mereka yang mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil selepas polis dan pasukan operasi pematuhan PKPP mendapati orang ramai mula tidak mematuhi SOP serta bertindak seolah-olah perintah berkenaan sudah berakhir.
"Tiada lagi amaran dan nasihat, sebaliknya polis akan terus mengambil tindakan tegas.
"Kita mendapati kes kesalahan mengingkari SOP kini semakin meningkat, malah ketidakpatuhan dalam kalangan orang ramai juga bertambah kerana menganggap tiada undang-undang dilaksanakan dan PKPP seolah-olah sudah tamat," katanya pada sidang akhbar PKPP di Parlimen, hari ini.
Dato' Sri Ismail Sabri menegaskan, kes paling ketara membabitkan pembukaan pub dan kelab malam serta penjarakan sosial di restoran.
"Kita sudah mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan pemeriksaan ke atas pub dan kelab malam.
"Pub dan kelab malam masih dalam senarai tidak dibenarkan (beroperasi semula). Jika mereka masih tidak mematuhi arahan PKPP, kita meminta PBT menarik balik lesen operasi," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bharian.com.my/…/ingkar-sop-pkpp-terus-tindakan…
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
