
Pdrm Dan Atm Perkasakan Hubungan Dua Hala
Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Antara intipati perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan keselamatan negara dalam memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara selain memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Terdahulu, Jeneral Datuk Zamrose menerima tabik hormat daripada detachment Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) PDRM dalam Istiadat Kawalan Kehormatan yang berlangsung di perkarangan Menara 1.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya dan para pegawai kanan PDRM serta TDM.
Sekitar pemeriksaan baris oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain.
Ketibaan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Bergambar kenangan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan utama.
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.