
Artikel
Pkpb Pkpp Covid 19 Video Pilihan Instafamous Rentas Negeri Untuk Bulan Madu Dijel Denda
Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas me...
Kuala Lumpur, 20 April 2021 - Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana 'honeymoon' dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.
Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Sebelum ini, tular gambar pasangan itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.
Pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju, untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.
Sumber:
Sinar Harian
dan Malaysia Gazette
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Pautan Video:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/3596497657123626/
Pautan Video:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/3596497657123626/