Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah Lans Koperal Muhamad Haikal Shaffik Maut Nahas Ketika Pulang Dari Kerja

Diterbitkan: 20 Apr 2021 9.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dalam kejadian jam 5.05 petang itu, Muhamad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-lans-koperal-muhamad-haikal-shaffik-maut-nahas-ketika-pulang-dari-kerja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:39 MYT

Butterworth, 20 April 2021 - Seorang anggota polis trafik maut selepas dalam nahas di lorong motosikal di susur masuk Jambatan Pulau Pinang bersebelahan Plaza Tol A di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.05 petang itu, Muhamad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Terdahulu, mangsa yang menetap di Sungai Batu, Teluk Kumbar dekat Bayan Lepas, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai bertugas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tuan Shafee Abd Samad, berkata motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang di kiri laluan motosikal.

"Mangsa yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda, Kedah menunggang dari arah Perai ke bahagian pulau.

"Mangsa dipercayai jatuh selepas melanggar tiang dan mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/anggota-polis-maut-nahas-pulan…

Sumber: Berita Harian Online

Anggota polis maut nahas pulang dari kerja | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2021 9.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM