Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210406

Published: 06 Apr 2021 10.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 64,307 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210406
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:53 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 64,307 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,562 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,868 anggota telah membuat pemantauan di 4,681 pasar raya, restoran (5,560), kilang (1,646), bank (3,939), pejabat kerajaan (1,123) dan penjaja (2,736).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,450), tempat ibadah (3,415), tempat riadah (1,565), terminal pengangkutan darat (1,406), terminal pengangkutan air (321) dan terminal pengangkutan udara (97).

Semalam, 95 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 86 dikompaun manakala sembilan (9) lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (38)
- Gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (31)
- Aktiviti pusat hiburan (17)
- Tidak memakai pelitup muka (8)
- Tiada penjarakan fizikal (1)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (6 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 06 Apr 2021 10.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM