Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210327

Published: 27 Mar 2021 10.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 68,389 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210327
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:14 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 68,389 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,528 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,578 anggota telah membuat pemantauan di 6,114 buah restoran, pasar raya (4,559), bank (3,164), penjaja (4,217), pasar awam/tani (139), kilang (2,020) dan pejabat kerajaan (960).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (334), tempat riadah (18,080), terminal pengangkutan darat (3,644), terminal pengangkutan air (1,753) dan terminal pengangkutan udara (822).

Semalam, seramai 80 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 79 individu dikompaun manakala satu (1) direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri pelanggan (26)
- Aktiviti pusat hiburan (24)
- Tiada penjarakan fizikal (16)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (9)
- Tidak memakai pelitup muka (4)
- Lain-lain (1)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (27 Mac 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArticlePublished 27 Mar 2021 10.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM