
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Eksport Ketum Import Dadah
Kuala Lumpur, 27 Mac 2021 - Sindiket penyeludupan sentiasa mencari peluang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan berganda.
Kuala Lumpur, 27 Mac 2021 - Sindiket penyeludupan sentiasa mencari peluang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan berganda.
Mereka bukan sahaja berani merisikokan diri dengan tindakan pihak berkuasa, malah ada yang bertindak di luar jangkaan dengan melepaskan tembakan hingga berlakunya kematian terhadap petugas keselamatan.
Itu insiden yang berlaku pada 24 November tahun lalu di mana seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand maut ditembak sekumpulan penyeludup daun ketum.
Mangsa yang maut adalah Koperal Baharuddin Ramli, 54, manakala seorang lagi anggota, Koperal Norihan Tari, 39, parah.
Mendedahkan modus operandi kegiatan penyeludupan di sempadan negara, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, kawasan yang menjadi lokasi penyeludup adalah di utara Semenanjung sama ada sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga Perlis mahupun sempadan Kelantan hingga ke Perak.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.
Sumber: Sinar Harian