Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Kpn Bersama Delegasi Pdrm Melawat Dan Adakan Mesyuarat Di Cprc Putrajaya

Published: 31 Mar 2021 1.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 31 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador petang tadi mengadakan lawatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini bagi berbincang bersama Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr. Adham Baba behubung perkembangan status wabak COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-kpn-bersama-delegasi-pdrm-melawat-dan-adakan-mesyuarat-di-cprc-putrajaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT
Putrajaya, 31 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador petang tadi mengadakan lawatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini bagi berbincang bersama Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr. Adham Baba berhubung perkembangan status wabak COVID-19.

Ketibaan Tan Sri Abdul Hamid pada jam 5.50 petang di Blok E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu disambut oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama para pegawai kanan kementerian.

Turut hadir mengiringi KPN ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain.

KPN turut diberi peluang melihat dengan lebih dekat sistem pengoperasian harian CPRC termasuk data-data terkini secara "real-time" berkaitan kes baharu wabak COVID-19 dalam negara.

Dalam perbincangan empat mata bersama Dato' Sri Dr. Adham tadi, KPN sekali lagi menyatakan komitmennya untuk terus berkolaborasi bersama KKM menangani dan memutuskan rantaian wabak yang melanda dunia kini.

Hadir sama tadi ialah Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Dr. Haji Noor Azmi Haji Ghazali dan Ketua Setiausaha KKM Dato' Mohd Shafiq Abdullah.

Manakala delegasi Polis Diraja Malaysia terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Kamarudin Md Din, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Perancangan Strategik), DCP Tuan Ahmad Taufek Abdullah, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf serta Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Dato' Mohd Nazri Hussain.

Jurugambar: Sarjan Mejar Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Konstabel Muhd Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and people sitting

May be an image of 2 people, people standing and indoor

No photo description available.

May be an image of 4 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor
ArticlePublished 31 Mar 2021 1.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM