Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Pantau Individu Salah Guna Surat Rentas Negeri

Diterbitkan: 31 Mar 2021 12.29 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, setakat ini, isu itu masih terkawal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-polis-pantau-individu-salah-guna-surat-rentas-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT
Kuala Lumpur, 31 Mac 2021 - Polis sentiasa memantau tindakan individu menyalahgunakan surat kebenaran majikan untuk merentas negeri, bagi tujuan bercuti dan berbulan madu.
 
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, setakat ini, isu itu masih terkawal.

"Kita sentiasa pantau isu salah guna surat majikan untuk rentas negeri yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Sebenarnya, taktik ini sudah dikesan polis sejak tahun lalu, malah sebelum ini, kita ada siasat dan ambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan surat kebenaran untuk rentas negeri.

"Surat itu menyatakan rentas negeri untuk urusan kerja, namun ia digunakan bagi tujuan lain," katanya kepada BH, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-pantau-individu...

Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 31 Mar 2021 12.29 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM