
Artikel
Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Ordinan Mudahkan Polis Bertindak
Ipoh, 13 Mac 2021 - Pewartaan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 yang telah berkuat kuasa akan memudahkan polis mengambil tindakan terhadap mana-man...
Ipoh, 13 Mac 2021 - Pewartaan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 yang telah berkuat kuasa akan memudahkan polis mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang mencipta, menerbit atau menyebarkan berita tidak benar berhubung COVID-19 atau proklamasi darurat.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis tidak perlu lagi mendapatkan Perintah Untuk Menyiasat (OTI) bagi kesalahan berkaitan berita palsu. Menurutnya, penyebaran berita palsu hingga mencetuskan ketidaksenangan hati satu pihak, kegemparan umum atau menimbulkan kegusaran akan diambil tindakan.
"Ordinan inilah yang memberi kepada pihak polis kuasa tersebut. Selama ini orang ramai seolah-olah marah kepada pihak polis kononnya tidak mengambil tindakan, lambat mengambil tindakan terhadap berita palsu yang ditularkan.
"Bukan kami lambat, kami ambil tindakan tetapi oleh kerana kekangan undang-undang ketika itu untuk mendapatkan OTI bukan dalam masa lima minit tetapi makan masa hingga seminggu.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.
Sumber: Sinar Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN