
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Selamat Mangsa Kebakaran Dapat Surat Penghargaan
Rembau, 13 Mac 2021 - Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Sarjan Mat Shah Kassim, 57, yang mempertaruhkan nyawa menyelamatkan mangsa kebakaran di Ka...
Rembau, 13 Mac 2021 - Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Sarjan Mat Shah Kassim, 57, yang mempertaruhkan nyawa menyelamatkan mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, di sini pada 4 Mac lalu, menerima surat penghargaan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, semalam.
Surat penghargaan disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zulkifli Nordin di IPD berkenaan pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Dato' Che Zakaria Othman dan Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad.
Sarjan Mat Shah berkata, beliau terharu menerima surat penghargaan itu kerana menyifatkan tugas yang dilakukannya adalah tanggungjawab terhadap masyarakat dan mereka yang memerlukan bantuan dalam kecemasan.
Katanya, sepanjang berkhidmat di IPD Rembau selama 11 tahun sejak 2010, terdapat tiga kejadian mencabar dan memberi kesan pada jiwanya dan tidak mungkin beliau lupakan.
"Pertama, kemalangan membabitkan pemandu rentung selepas kereta Perodua Myvi dipandu mangsa terbakar dan saya sendiri mengangkat mayat rentung berkenaan. Kejadian kedua, kes dua warga asing yang ditembak mati selepas merompak sebuah rumah dan saya mengangkat mayat mereka ketika individu lain enggan melakukannya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.
Sumber: Berita Harian