Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Enam Pengarah Pdrm Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Kali Kedua

Published: 24 Mar 2021 9.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 24 Mac 2021 – Seramai enam Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech dalam Program Suntikan Vaksin COVID-19 yang diadakan di Klinik Kesihatan Titiwangsa Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-enam-pengarah-pdrm-selesai-terima-suntikan-vaksin-covid-19-kali-kedua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:37 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mac 2021 – Seramai enam Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech dalam Program Suntikan Vaksin COVID-19 yang diadakan di Klinik Kesihatan Titiwangsa Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Mereka ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hasan, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya, Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Zainuddin Yaacob, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato' Azisman Alias.

Program anjuran Bahagian Kebajikan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Klinik Kesihatan Kuala Lumpur itu sebagai menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang secara rasmi bermula pada 24 Februari lalu.

Semalam, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador telah selesai menerima suntikan kedua vaksin jenis sama di klinik kesihatan tersebut bersama beberapa lagi Pengarah PDRM yang lain.

Foto: SM Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Nurfaeroz.


May be an image of text that says 'VID TRE) 19 Saya sudah LENGKAP 2 DOS LINDUNG LN, DIRI, LINDUNG SEMUA. LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA.'
Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'AYSIA LARTERN KESIHA T VAKS COVID-19 PK BERSEKUTU BERTAMBAH ASI CO TION CENT gsa
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of 1 person and text that says 'MBAH SI COIOD-19 TION CE PDR at G0 angsa Saya sudah LENGKAP 2 DOS LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. LINDU LINDU
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Huzir Mohamed memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of 1 person and standing
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Zainuddin Yaacob memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of ‎1 person, standing and ‎text that says '‎CETT LAYSIA SAT VAK (COVID-1 @HA BERTAMBAH رحو_UT NASI COVI TION CENTRE ngsa Sudah le
 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Razarudin Husain memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.
 
May be an image of text
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato' Azisman Alias memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.
ArticlePublished 24 Mar 2021 9.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM