Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Bangga Anggota Pga Tak Pernah Gentar

Diterbitkan: 24 Mar 2021 7.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kehilangan rakan sepasukan yang terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan penyeludup di sempadan negara pada November tahun lalu, tidak menggugat semangat Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang kembali ditugaskan di kawasan itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-bangga-anggota-pga-tak-pernah-gentar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:14 MYT

Padang Besar, 24 Mac 2021 - Kehilangan rakan sepasukan yang terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan penyeludup di sempadan negara pada November tahun lalu, tidak menggugat semangat Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang kembali ditugaskan di kawasan itu.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rosman Kasman berkata, sekali pun kejadian itu meninggalkan kesan kepada anggotanya, mereka tetap bersemangat meneruskan tugas dan langsung tidak menunjukkan rasa takut.

"Saya bangga dengan keberanian dan semangat tidak gentar anggota saya, langsung tidak ada rasa fobia," katanya ketika ditemui Bernama di Pos TS9 di sini, yang juga lokasi insiden yang mengorbankan Sarjan Baharuddin Ramli.

Menurutnya, walaupun pasukan itu kehilangan antara anggota terbaik, tempat mendiang digantikan anak didiknya sendiri yang berikrar mencontohi semangat juang Sarjan Baharuddin.

Beliau bagaimanapun mengakui terasa 'kehilangan' mendiang Sarjan Baharuddin.

"Kami masih terbayang-bayang kelibat mendiang yang cukup teliti dan cekap dalam mengesan jejak penceroboh setiap kali melakukan tugasan rondaan," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

Sumber: 



#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurfrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Bangga Anggota Pga Tak Pernah Gentar

ArtikelDiterbitkan 24 Mar 2021 7.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM