Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Isi Borang Rentas Negeri Hanya Di Balai Polis

Diterbitkan: 09 Apr 2021 11.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Petaling Jaya, 9 April 2021 - Permohonan bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri perlu dibuat di balai polis dengan mengisi borang dan mengemukakan butiran serta bukti yang sahih, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-isi-borang-rentas-negeri-hanya-di-balai-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:15 MYT

Petaling Jaya, 9 April 2021 - Permohonan bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri perlu dibuat di balai polis dengan mengisi borang dan mengemukakan butiran serta bukti yang sahih, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Susulan itu, beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan atau anggota penguat kuasa yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam urusan memberi kebenaran rentas negeri.

Katanya, amaran sama turut diberi kepada orang awam yang menyalahgunakan borang kebenaran rentas negeri termasuk membeli atau mendapatkan borang kosong dengan tandatangan dan cop palsu pihak berkuasa.

"Orang awam perlu mengikut prosedur yang betul untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri dan tidak mengambil jalan mudah dengan memalsukan dokumen berkenaan.

"Borang rentas negeri mesti dibuat di balai polis dengan butiran yang sahih. Jadi, tindakan tegas akan diambil jika ada cop dan tandatangan palsu (pada borang).

"Malah, jika ada orang dalam (salah guna kuasa anggota penguat kuasa), tindakan tegas juga mesti diambil kerana ia satu pelanggaran undang-undang," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/isi-borang-rentas-negeri-hanya…

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Isi Borang Rentas Negeri Hanya Di Balai Polis
ArtikelDiterbitkan 09 Apr 2021 11.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM