Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 09 Apr 2021 12.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,321 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210409
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:42 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,321 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,576 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,604 anggota telah membuat pemantauan di 4,470 pasar raya, restoran (5,515), kilang (2,269), bank (3,983), pejabat kerajaan (970) dan penjaja (2,868).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,332), tempat ibadah (3,360), tempat riadah (1,775), terminal pengangkutan darat (1,416), terminal pengangkutan air (316) dan terminal pengangkutan udara (110).

Semalam, 94 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 93 dikompaun manakala seorang lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Premis beroperasi lebih masa (44)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (17)
- Tidak memakai pelitup muka (15)
- Tiada penjarakan fizikal (9)
- Gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (6)
- Aktiviti pusat hiburan (3)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (9 April 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#09042021

#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
ArtikelDiterbitkan 09 Apr 2021 12.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM