Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Posting Pilihan Pengarah Kdnka Tinjau Sempadan Malaysia Thailand

Published: 14 Nov 2020 2.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar telah mengadakan lawatan kerja bagi memantau tahap keselamatan di sempadan Malaysia - Thailand di Martak Pasukan Gerakan Am (PGA), Padang Besar, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-posting-pilihan-pengarah-kdnka-tinjau-sempadan-malaysia-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:11 MYT

Bukit Kayu Hitam, 14 November 2020 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar telah mengadakan lawatan kerja bagi memantau tahap keselamatan di sempadan Malaysia - Thailand di Martak Pasukan Gerakan Am (PGA), Padang Besar, semalam.

Beliau yang diiringi Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali telah disambut mesra oleh Ketua Polis Kedah CP Dato' Hasanuddin Hassan dan Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Surina Saad.

Lawatan ini bertujuan melihat tahap kesiapsiagaan kawalan pasukan keselamatan di sempadan negara Malaysia - Thailand.

Hadir sama, Komander PGA Briged Utara, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kedah SAC Tuan Sapii Ahmad, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ismail Ibrahim dan Pegawai Pemerintah Batalion 3, Superintendan Rosman Kasman.

Sumber: Polis Kedah

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

1
2
3

5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
14
15

ArticlePublished 14 Nov 2020 2.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM