Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Posting Pilihan Kerana Tugas Polis Diijab Kabul Dalam Beruniform

Diterbitkan: 21 Nov 2020 1.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bagan Serai, 21 November 2020 - Tarikh 20 November menjadi hari bersejarah buat dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian apabila melangsungkan pernikahan dengan memakai baju seragam rasmi kerana masing-masing terpaksa bertugas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-posting-pilihan-kerana-tugas-polis-diijab-kabul-dalam-beruniform
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:23 MYT

Bagan Serai, 21 November 2020 - Tarikh 20 November menjadi hari bersejarah buat dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian apabila melangsungkan pernikahan dengan memakai baju seragam rasmi kerana masing-masing terpaksa bertugas.

Majlis pernikahan Konstabel Muhamad Adieadha Hamzah, 27, dan Konstabel Nor Edayu Mohamad Lakhin, 29, berlangsung pada 3.50 petang semalam di Pejabat Agama Islam Bagan Serai.

Nor Edayu ketika dihubungi berkata, walaupun majlis dilangsungkan dalam keadaan kedua-duanya masih bertugas dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), namun dia dan suami tetap teruja serta bangga apabila dapat melangsungkan hari bahagia mereka dengan hanya berpakaian seragam polis yang menjadi kebanggaan selama ini.

"Walaupun majlis berlangsung ringkas dan masing-masing dalam tugasan, namun kami tetap gembira dan teruja," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/kerana-tugas-diijab-kabul-dalam…

Sumber: Harian Metro dan Facebook Aidie Hamzah

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 6 people, shoes and indoor
ArtikelDiterbitkan 21 Nov 2020 1.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM