
Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkpb Empat Negeri Tamat Kelantan Pula Kena Sekatan
Kuala Lumpur, 21 November 2020 - Kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu hari ini, lebih awal berbanding 6 Disember depan seperti diumumkan sebelum ini.
Bagaimanapun beberapa daerah seperti Kulim di Kedah dan Kota Tinggi serta Mersing di Johor masih dikenakan PKPB.
Serentak dengan itu, kerajaan memutuskan pelaksanaan PKPB di Kelantan mulai hari ini hingga 6 Disember ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaacob, berkata PKPB ditamatkan di negeri terbabit selepas penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan trend penurunan kes positif dan keadaan terkawal.
Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, walaupun PKPB di empat negeri ini ditamatkan, ia masih tertakluk di bawah prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuat kuasa di seluruh negara.
Beliau berkata, setakat Rabu lalu, situasi pendemik semasa di seluruh negara masih menunjukkan trend peningkatan kes positif COVID-19 dengan jumlah kes aktif dan kadar kebolehjangkitan masih lagi tinggi.
Mengenai pelaksanaan PKPB di Kelantan, Ismail Sabri berkata, ia bagi membolehkan KKM melaksana saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di seluruh negeri itu.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN