
Pkpb Covid 19 Op Benteng Update Posting Pilihan Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Koperal Baharuddin Ramli
Alor Setar, 24 November 2020 - Upacara penghormatan terakhir buat mendiang Koperal Baharuddin Ramli, Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah dihadiri oleh Ketua Polis Kedah, CP Dato' Hasanuddin Hassan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, petang tadi.
Koperal Baharuddin terkorban akibat cedera parah selepas terkena tembakan musuh semasa menjalankan tugas mengawal keselamatan di sempadan Malaysia - Thailand dalam Op Benteng, awal pagi tadi.
Terdahulu, jasad mendiang diarak dalam keranda sebelum dibawa masuk ke kenderaan dengan penuh istiadat kepolisan sambil disaksikan oleh barisan pegawai dan anggota dari PGA yang turut serta memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Mayat mendiang Koperal Baharuddin akan dibawa ke Kem Batalion 3 (Senoi Praaq), di Bidor, Perak bagi penghormatan terakhir sebelum disemadikan di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan pada hari esok.
Sumber: Polis Kedah
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN