Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Anggota Trafik Parah Dirempuh Penunggang Motosikal

Diterbitkan: 24 Nov 2020 2.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ipoh, 24 November 2020 – Seorang anggota polis parah dilanggar seorang penunggang motosikal yang cuba meloloskan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Silibin berhampiran simpang masuk ke Grand Silibin di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-trafik-parah-dirempuh-penunggang-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT

Ipoh, 24 November 2020 – Seorang anggota polis parah dilanggar seorang penunggang motosikal yang cuba meloloskan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Silibin berhampiran simpang masuk ke Grand Silibin di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa, Koperal Mohd. Aizal Lazim, 36, dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ipoh cedera di muka, kepala, tangan dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd. Rahman berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit yang bertugas sebagai ‘stopper’ sedang menahan kenderaan dalam SJR itu.

Katanya, sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 35 tahun dari arah Bulatan Silibin dengan laju telah mengabaikan SJR bagi tujuan meloloskan diri.

“Motosikal berkenaan telah merempuh anggota terbabit dari arah belakang dan menyebabkan mangsa melambung sebelum terjatuh dan terseret sejauh lebih kurang lima meter di atas jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut https://www.kosmo.com.my/…/anggota-trafik-parah-dirempuh-p…/

Sumber: Kosmo

Artikel Pilihan Anggota Trafik Parah Dirempuh Penunggang Motosikal
ArtikelDiterbitkan 24 Nov 2020 2.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM