Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Op Benteng Posting Pilihan Polis Tubuh Pasukan Khas Bawa Balik Suspek Thailand

Diterbitkan: 02 Dec 2020 1.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 2 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan khas bagi membawa masuk tiga suspek lelaki warga Thailand yang terlibat dalam insiden berbalas tembakan membabitkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 Nov lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-op-benteng-posting-pilihan-polis-tubuh-pasukan-khas-bawa-balik-suspek-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:29 MYT

Kangar, 2 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan khas bagi membawa masuk tiga suspek lelaki warga Thailand yang terlibat dalam insiden berbalas tembakan membabitkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 Nov lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed berkata, ketiga-tiga suspek termasuk seorang yang dipercayai dalang utama kejadian tersebut amat diperlukan bagi meneruskan siasatan di Malaysia.

“Kita amat memerlukan ketiga-tiga suspek itu (warga Thailand) bagi mendapat maklumat lanjut berhubung insiden tersebut dan mereka dipercayai ditahan di Selatan Thailand,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi 24 Nov, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

"Kita akan berhubung dan melakukan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara, Kedutaan Malaysia di Bangkok serta Polis Diraja Thailand bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA dan PDRM Perlis

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Op Benteng Posting Pilihan Polis Tubuh Pasukan Khas Bawa Balik Suspek Thailand

Pkpb Covid 19 Op Benteng Posting Pilihan Polis Tubuh Pasukan Khas Bawa Balik Suspek Thailand
ArtikelDiterbitkan 02 Dec 2020 1.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM