Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Unit Dron Pgu Pdrm Sabah Bantu Pantau Pematuhan Sop Pkpb

Diterbitkan: 02 Dec 2020 1.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Kinabalu, 2 Disember 2020 - Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini bukan hanya dijalankan di laut dan darat tetapi juga dari udara dengan menggunakan dron oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pangkalan Sabah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-unit-dron-pgu-pdrm-sabah-bantu-pantau-pematuhan-sop-pkpb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT

Kota Kinabalu, 2 Disember 2020 - Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini bukan hanya dijalankan di laut dan darat tetapi juga dari udara dengan menggunakan dron oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pangkalan Sabah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Komander PGU Sabah, ACP Tuan Ahmad Lokman Abd Hadi berkata, sehingga kini lebih 50 operasi yang dikenali sebagai operasi COVID-19 telah dijalankan Unit Dron itu sejak ia ditubuhkan pada Mac lepas termasuk membantu pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar memantau kawasan daerah berkenaan.

“Pemantauan (dron) bergantung kepada keperluan pihak IPD atau jabatan yang memohon dan biasanya pemantauan dijalankan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar awam, hentian stesen bas, pasar raya dan kawasan perumahan yang mempunyai kekangan keanggotaan untuk dipantau, selain jalan keluar dan masuk di sesuatu kawasan itu mungkin sukar dilalui,” katanya kepada Bernama.

Katanya berdasarkan maklum balas daripada IPD, pemantauan pematuhan SOP menggunakan dron amat berkesan dalam memastikan penduduk atau penghuni sesuatu penempatan sentiasa patuh kepada SOP.

Tuan Ahmad Lokman berkata, dron itu bukan hanya merakam gambar tetapi juga turut membuat hebahan menggunakan bahasa tempatan seperti bahasa Bajau melalui alat pembesar suara yang terdapat pada dron berkenaan sekali gus menarik perhatian penduduk untuk mendengar maklumat yang disampaikan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1907737

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Unit Dron Pgu Pdrm Sabah Bantu Pantau Pematuhan Sop Pkpb
ArtikelDiterbitkan 02 Dec 2020 1.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM