Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Tidak Dibenar Rentas Mukim Negeri Sambut Deepavali

Published: 06 Nov 2020 7.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 November 2020 - Tiada pergerakan rentas mukim, daerah atau negeri dibenarkan bagi mereka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk pulang ke kampung menyambut Deepavali.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-tidak-dibenar-rentas-mukim-negeri-sambut-deepavali
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:14 MYT

Kuala Lumpur, 6 November 2020 - Tiada pergerakan rentas mukim, daerah atau negeri dibenarkan bagi mereka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk pulang ke kampung menyambut Deepavali.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas mendengar pembentangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) sambutan Deepavali pada 14 November ini.

"Bagi SOP sambutan Deepavali di kawasan PKPD, upacara keagamaan di kuil tidak dibenarkan, manakala perayaan hanya dalam kalangan seisi keluarga di rumah yang sama.

"Penganut agama Hindu yang berada dalam kawasan PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) dibenarkan menyertai upacara di kuil pada hari pertama perayaan.

"Setiap kuil diperuntukkan lima sesi upacara keagamaan bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan boleh dihadiri tidak lebih 30 orang pada satu-satu masa, dengan setiap sesi mengambil masa 30 minit," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian berikut.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and outdoor, text that says 'Tidak dibenar rentas mukim, negeri sambut Deepavali Kuala Lumpur: Tiada pergera- Ismail
ArticlePublished 06 Nov 2020 7.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM