
Artikel
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Belanjawan 2021 Kementerian Pertahanan Kdn Terus Diperkasakan
Kuala Lumpur, 7 November 2020 - Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing menerima peruntukan RM16 bilion dan RM17 bilion dalam B...
Kuala Lumpur, 7 November 2020 - Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing menerima peruntukan RM16 bilion dan RM17 bilion dalam Belanjawan 2021.
Peruntukan terbabit bertujuan membolehkan kedua-dua pasukan keselamatan itu memperkuatkan sistem pertahanan negara dan ketenteraman awam tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Dato' Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan yang disediakan itu susulan kerajaan mengambil berat isu kedaulatan negara sehingga melaksanakan Op Benteng bagi memastikan kawasan sempadan negara sentiasa dikawal dan tidak dibolosi.
"Operasi ini diselaraskan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) membabitkan pelbagai agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen (JIM) dan beberapa agensi lain," katanya.
Bacaan penuh seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.
Sumber: Berita Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN