Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Tambah Jumlah Sekatan Jalan Raya Susulan Pkpb

Published: 09 Nov 2020 4.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 November 2020 - Jumlah sekatan jalan raya akan ditambah susulan pertambahan negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat peningkatan kes COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-tambah-jumlah-sekatan-jalan-raya-susulan-pkpb
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:31 MYT

Kuala Lumpur, 9 November 2020 - Jumlah sekatan jalan raya akan ditambah susulan pertambahan negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat peningkatan kes COVID-19.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, setakat semalam sebanyak 370 sehingga 400 jumlah sekatan jalan raya dilaksanakan termasuk Op Benteng di seluruh negara.

"Jumlah sekatan jalan raya ini akan ditambah dan rentas negeri adalah tetap tidak dibenarkan.

"PKPB ini diwujudkan berikutan berlakunya pertambahan kes dan sekatan jalan raya dilakukan bagi menyekat orang ramai untuk tidak keluar selain mengelakkan penularan kes," katanya.

Mengulas berkenaan laluan khas di lokasi sekatan jalan raya untuk petugas barisan hadapan dan perkhidmatan penting, Dato’ Sri Abd Rahim berkata, laluan itu dikhaskan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, kenderaan perdagangan dan pihak media.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text
ArticlePublished 09 Nov 2020 4.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM